Dalam dunia perniagaan, follow up adalah satu perkara yang wajib dilakukan. Tidak kira sama ada menjual produk atau servis, ia adalah satu cara unuk dapatkan pelanggan kita. Anda mesti pernah merasai situasi di mana apabila anda mahu close sale, prospek anda senyap sahaja, tidak memberikan respons. Jika itu berlaku, kemungkinan besar prospek anda tidak berminat dengan produk atau servis anda.

Tapi itu hanya kemungkinan sahaja. Antara perkara lain yang mungkin membuatkan prospek tidak membalas respon anda adalah mereka masih ragu-ragu dengan anda dari segi kelebihan, harga, warna dan sebagainya. Jadi sudah menjadi tugas anda untuk follow up prospek tersebut supaya mereka merasa yakin dengan produk anda. Jika anda sudah lakukannya tetapi masih tidak mendapat maklum balas, mungkin cara follow up anda salah. Jadi untuk mengatasi masalah tersebut, berikut adalah 3 cara follow up yang anda boleh ikut untuk yakinkan prospek anda:

1. Follow up menggunakan testimoni 

Jika tiada testimoni, prospek akan ragu-ragu dengan produk dan servis anda. Jadi apabila mahu follow up, pastikan anda beri testimoni kepada prospek. Testimoni tersebut mestilah testimoni yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh prospek.

Sebagai contoh jika prospek mengalami masalah jerawat, anda berikan testimoni yang mengatakan produk anda mampu menyelesaikan masalah jerawat. Jangan pula anda berikan testimoni putihkan muka.

2. Follow up menggunakan Unique Selling Proposition (USP)

Selain itu, anda boleh menerangkan kepada mereka USP anda. Beritahu mereka keunikan dan perbezaan produk anda berbanding dengan produk lain. Sebagai contoh, jika anda menjual produk cuci muka, terangkan kepada prospek bahawa produk anda hanya mengandungi bahan yang organik, mampu mencegah jerawat dan menghilangkan parut jerawat. Tambahan lagi, produk anda bukannya produk timbang kilo.

Prospek akan menjadi lebih berminat jika produk anda ada keunikan dan kelebihannya tersendiri berbanding dengan produk-produk lain. Jika anda perasan, banyak produk yang berlumba-lumba menghasilkan produk baru yang mengandungi keunikan dan kelebihan produk mereka contohnya produk telefon pintar.

3. Follow up dengan memberikan Money Back Guarantee

Ada prospek yang susah nak percaya pada testimoni kerana testimoni boleh dibuat-buat. Hanya buat perbualan palsu di WhatsApp dan tunjukkan kepada prospek. Semua orang boleh buat seperti itu. Sebab itu, ada prospek yang tidak berani membeli kerana susah untuk percaya pada testimoni, lebih-lebih lagi testimoni yang hanya menunjukkan gambar muka dan ayat sahaja.

Tetapi jika anda berikan money back guarantee, prospek akan berani untuk membeli daripada anda. Kerana jika produk anda tidak berkesan, anda perlu memulangkan semula wang mengikut harga produk tersebut.

Ramai yang tidak menggunakan cara ini kerana takut kerugian. Jika anda takut rugi itu bermakna anda kurang yakin dengan produk yang anda jual. Anda sepatutnya yakin dengan produk yang anda jual, barulah anda boleh yakinkan prospek untuk membeli daripada anda.

Anda boleh gunakan satu cara dahulu untuk follow up prospek. Jika satu cara tidak berkesan, anda gunakan cara yang seterusnya. Jangan tunggu waktu yang lama untuk jangan juga terlalu kerap follow up kerana prospek akan merasa rimas dan ia akan nampak seperti anda memaksa mereka untuk membeli daripada anda. Jadi cari waktu yang sesuai untuk follow up prospek dengan 3 cara tersebut.

FOLLOW:

FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
YouTube: Bumbu Agency

Popular articles

INGIN DAPATKAN KONSULTASI SECARA PERCUMA ?

konsultasi perniagaan anda secara percuma untuk 30 minit isikan form dibawah untuk kami hubungi anda

Want to keep ?

we will send you a notification for new articles so you don’t miss out.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *