Bumbu Agency Sdn Bhd

5 Rahsia Tarik Trafik Ke Website

Kalau kita lihat sekarang pengguna telefon pintar lebih banyak berbanding pengguna desktop. Oleh itu, kalau berdasarkan kajian trafik yang banyak masuk ke website lebih cenderung bagi mereka yang menggunakan telefon pintar. Memang tidak dapat disangkal lagi majoriti daripada kita sudah mempunyai telefon pintar malah budak kecil yang berumur 5 tahun pun ada telefon sendiri dan tahu untuk mengaksesnya. Tetapi anda kena tahu bahawa mereka yang dari trafik desktop sebenarnya lebih lama meluangkan masa di website. Jadi bagi bagaimana untuk anda menarik pembaca untuk menarik trafik masuk ek website anda? It’s time to reveal the secrets!

 

1. Buat Blog

Di dalam website anda, cipta satu ruangan blog. Blog ini adalah perkongsian anda berkaitan dengan kategori website anda.
Sebagai contoh, jika website anda berkaitan dengan digital marketing, maka anda boleh berkongsi di blog anda apa-apa sahaja tentang digital marketing. Contohnya, tutorial buat FB Ads, cara marketing di IG, tutorial buat website dan banyak lagi.

Pastikan juga artikel blog anda adalah fresh, maksudnya blog anda relevan dengan masa terkini dan tidak outdated.

2. Hasilkan Artikel Berbentuk Informasi

Mengikut kajian, artikel yang sering dikongsi oleh pengguna adalah artikel berbentuk informasi. Selain itu, artikel berinformasi juga sering dicari di Google.

Jangan lupa untuk gabungkan artikel informasi ini dengan nombor di tajuk artikel. Sebagai contoh, ’10 Kelebihan Berpuasa di Bulan Ramadhan’. Tajuk yang ada nombor mampu mendapatkan peratusan yang tinggi untuk orang klik dan baca berbanding dengan tajuk artikel yang tiada nombor. Ini akan membuatkan pembaca terus rasa ingin tahu apa pengisian yang ada di dalam nombor 10. Betul tak cakap saya? 

3. Berikan Apa Yang Pengguna Mahukan

Website kita mestilah mempunyai fungsi atau maklumat yang pengguna mahukan dan pengguna cari. Cara ini anda boleh masukkan keyword-keyword yang pengguna sering cari di Google Keyword Planner atau Ubersuggest.

Selain itu, jika website anda mengenakan bayaran jika mahu menggunakan fungsi di dalamnya, anda boleh tukarkannya secara percuma kerana behaviour orang sukakan perkara percuma. Tetapi anda boleh terhadkan penggunaan percuma itu seperti “Free Trial Test 1 Month”

4. Aktif Di Media Sosial

Gunakan media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter atau Telegram untuk paparkan website anda. Anda boleh berkongsi tips, tutorial, info di media sosial dan link kan website anda. Selain itu, anda boleh juga share artikel blog anda di media sosial tersebut.

5. Komen Yang Positif Di Blog Orang

Cara ini dikenali sebagai backlink. Iaitu kita komen di blog orang dan tinggalkan link website kita. Kebanyakan blog ada ruangan komen di mana pengunjung boleh mengisi komen, nama, email dan link website di ruangan yang disediakan. Jangan sekadar komen “terbaik”, “terima kasih” tetapi komen la panjang sedikit supaya komen anda nampak ikhlas.

Jom praktikkan rahsia ni bagi naikkan trafik di website anda! Taklah website anda krikk krikk dah.

 

Anda juga boleh baca bahan bacaan ini di channel telegram kami.

IKUTI KAMI:

FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
IG: bumbu.rockstar (Training)
YouTube: Bumbu Agency
Telegram: bumbuagency

Written by

0173260632

1 Comment

Leave a comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top
BUMBU AGENCY
Marketing
Digital Agency
Bumbu Agency Sdn Bhd is Malaysia’s integrated marketing and production company under one roof.
GENERAL INQUIRIES
bumbuagency@gmail.com