Bagaimana facebook engagement anda? Adakah banyak atau kurang? Bagi yang tidak tahu facebook engagement itu apa, ianya merujuk kepada setiap tindakan seseorang pada posting Facebook anda sama ada mereka like, komen, share, menonton video dan lain-lain lagi.

Engagement ini penting lebih-lebih lagi kalau anda nak buat marketing dalam sosial media seperti Facebook. Ia akan bantu anda atau perniagaan anda untuk dikenali dan juga disukai. Jadi, jom tengok 5 tips untuk tingkatkan Facebook engagement anda:

1. Waktu posting

Kita kena tahu waktu yang sesuai untuk posting content kita. Bukannya kita main posting je bila-bila masa. Ianya sangat penting supaya orang boleh ‘nampak’ content posting kita. Contohnya, kalau kita posting pukul 1 pagi, anda fikir ada orang yang akan ‘nampak’ posting anda pada waktu itu? Semestinya tak kan sebab waktu itu ramai yang sudah dibuai mimpi.

Ada beberapa teori yang menyebutkan waktu yang sesuai untuk posting content kita antaranya adalah:

  • Pukul 9 pagi, 3 petang dan 9 malam
  • Pukul 10 pagi, 1 tengah hari, pukul 8 malam

Ataupun anda boleh pergi dekat bahagian ‘Insight’ page anda dan klik post. Dekat situ anda boleh kaji waktu apa yang ramai orang tengok posting anda.

2. Post content yang berharga

Content yang berharga maksudnya di sini adalah content yang baik, berkualiti dan ada mesej. Sebagai contoh antara content yang anda boleh posting atau kongsikan adalah untuk tingkatkan facebook engagement adalah:

  • Content yang memberi info atau pengetahuan. Contoh, kebaikan bersenam, adakah ganja itu baik atau tidak untuk kesihatan, kenapa boleh terjadinya hujan batu dan lain-lain.
  • Content yang menyelesaikan sesuatu masalah. Contoh, tips hilangkan jerawat, cara membina badan, cara format komputer/laptop tanpa perlu pergi ke kedai dan lain-lain.

3. Post tentang soalan

Ini adalah posting yang mudah dan akan mendapat facebook engagement yang tinggi lebih-lebih lagi di bahagian komen kerana orang akan menjawab pertanyaan anda di bahagian komen. Sebagai contoh jika anda menjual baju melayu, anda boleh tanya, “Korang suka pakai baju melayu cekak musang atau teluk belanga?”. Orang mesti akan jawab dekat komen sama ada mereka suka baju melayu cekak musang atau teluk belanga.

4. Pelbagaikan jenis posting

Perbanyakkan jenis posting supaya orang tidak bosan dengan page anda. Jika orang bosan, orang akan mengelak untuk melihat posting anda dan ini akan menurunkan facebook engagement anda. Meriahkan wall page anda dengan jenis posting yang lain juga. Dan pastikan posting anda nampak tersusun walaupun anda post banyak jenis content. Antara perkara yang anda boleh post adalah:

  • Aktiviti yang anda atau perniagaan anda lakukan
  • Testimoni
  • Facebook live
  • Quotes, kisah motivasi

5. Visual yang menarik

Jika anda gunakan visual yang menarik, orang akan lebih tertarik untuk lihat posting anda kerana orang senang tertarik benda-benda yang cantik. Bila ramai yang tertarik dengan content posting anda ia akan naikkan facebook engagement anda. Contoh visual yang anda boleh letakkan adalah, gambar, video, infografik dan lain-lain. Sekarang ni pun dekat Facebook ada background yang menarik untuk anda posting jenis tulisan.

Lepas baca tips tingkatkan facebook engagement ini, anda boleh cuba dan lihat facebook engagement anda akan meningkat. Kalau dah meningkat, mudah la anda untuk bina jenama sama ada diri anda sendiri atau perniagaan anda. Jika ada lagi tips untuk naikkan facebook engagement ini, anda boleh kongsikan di bahagian komen.

FOLLOW:

FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
YouTube: Bumbu Agency

 

Popular articles

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

INGIN DAPATKAN KONSULTASI SECARA PERCUMA ?

konsultasi perniagaan anda secara percuma untuk 30 minit isikan form dibawah untuk kami hubungi anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *