Bumbu Agency Sdn Bhd

template design

6 Laman Web Yang Menyediakan Template Design Yang Menarik Dan Percuma

Jika anda mahu upload gambar dengan design yang menarik di media sosial anda, anda boleh pergi di 6 laman web ini. Ianya menyediakan banyak template-template design yang menarik yang anda boleh gunakan secara percuma. Malah, anda juga boleh edit template design mengikut cita rasa anda seperti meletakkan gambar anda atau menulis ayat anda sendiri. Namun, ia juga menyediakan template design yang berbayar yang mana design tersebut lebih menarik dan lebih eksklusif. Mari kita lihat senarai 6 laman web tersebut:

1. Canva

template design

Canva adalah laman web reka bentuk grafik yang diasaskan oleh Melanie Perkins dan kemudian bergabung bersama dengan Cliff Obrecht dan Cameron Adams pada 2012. Canva menggunakan format drag and drop dan ia menyediakan akses lebih sejuta gambar, grafik, font tulisan dan template design untuk format facebook, instagram, logo dan lain-lain. Ia sangat mudah digunakan walaupun anda bukan dalam bidang grafik design. Untuk menggunakannya, anda perlu sign up atau log in terlebih dahulu.

2. Freepik

template design

Pada 2010, 2 orang adik beradik iaitu Alejandro dan Pablo Blanes bersama dengan Joaquin Cuenca telah menubuhkan Freepik. Freepik menawarkan pengguna template design yang berkualiti tinggi, eksklusif dan sumber grafik yang dipilih dengan teliti untuk kegunaan pengguna dalam projek peribadi dan juga komersial. Setiap bulan Freepik menerima lebih 30 juta kunjungan pengguna internet dari lebih 230 negara di seluruh dunia.

3. 1001FreeDownloads

template design

Di 1001FreeDownloads, ia ditubuhkan untuk menjadi sebagai carian grafik percuma yang terbaik dan paling menarik untuk pereka. Tetapi walaupun anda bukan pereka, anda boleh membuat carian template design kerana ianya mudah digunakan dan juga pantas. 1001FreeDownloads mempunyai beribu-ribu vektor percuma, foto, font tulisan dan lain-lain lagi. Ia juga menghasilkan grafik berkualiti tinggi dan menawarkan anda secara eksklusif di laman web. Jika anda download, ia akan download dalam bentuk zip folder.

4. Fotor

template design

Fotor adalah online photo editing yang menggunakan teknologi eksklusif untuk membawa tahap kawalan editing yang mudah untuk sesiapa sahaja dan semua orang. Walaupun ciri ‘kolaj’ dan ‘edit’ telah dinikmati oleh berjuta-juta pengguna, setiap hari, ciri ‘reka bentuk’ baru memberikan pengguna yang sama keupayaan untuk design apa-apa bentuk grafik dan cover dan lain-lain. Terdapat beribu template design yang cantik dan professional yang memenuhi cita rasa anda.

5. Piktochart

template design

Piktochart adalah seperti Canva tetapi ianya lebih tertumpu kepada design infografik, carta dan graf. Jika anda mahu membuat maklumat infografik atau laporan, maka Piktochart adalah tempat yang sesuai untuk anda. Terdapat banyak template design infografik untuk memudahkan anda membuatnya walaupun anda tidak pernah melakukannya sebelum ini. Piktochart boleh digunakan secara percuma tetapi jika anda mahu gunakan template yang terbaik dengan ciri yang terbaik, jadi anda boleh melanggan pro plan untuk mengaksesnya.

Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.

FOLLOW:

FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
YouTube: Bumbu Agency

Written by

0173260632

Leave a comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top
BUMBU AGENCY
Marketing
Digital Agency
Bumbu Agency Sdn Bhd is Malaysia’s integrated marketing and production company under one roof.
GENERAL INQUIRIES
bumbuagency@gmail.com