Cara Daftar SSM Online: Daftar SSM Dengan Mudah Dan Cepat

Populasi negara semakin meningkat diikuti dengan kos sara hidup yang semakin melonjak naik. Jadi tidak hairanlah sekiranya setiap individu mula menggiatkan diri dalam menceburi bidang perniagaan dan nak tahu cara daftar ssm online. Untuk menambahkan lagi pendapatan untuk menyara diri dan juga ahli keluarga.

Cara Daftar SSM Online

Di dalam Malaysia sendiri, rata-rata rakyat malaysia mula bergiat aktif dalam bidang perniagaan. Ini terbukti bahwa dengan berniaga dapat menambahkan lagi pendapatan rezeki selaian bekerja makan gaji sama ada di dalam sektor awam mahupun swasta.

“Mula-mula berniaga online ni untuk suka-suka sahaja, tak sangka pula semakin mendapat sambutan. Tetapi perlu ke saya daftar SSM online?”

Tahukah anda, ini adalah antara persoalan yang sering diajukan peniaga, terutama yang berniaga secara online dan kecil-kecilan. Ada yang tidak mahu mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana merasakan prosesnya melecehkan. Betulkah?

Cara Daftar SSM Online

Untuk mengetahui dengan lebih jelas, teruskan membaca artikel ini sehingga tamat.

Sebelum kita pergi kepada topik kita hari ini, apa kata tengok dulu apa kelebihan jika kita mendaftar dengan SSM. Yelah, kalau diikutkan, ramai yang rasa tak perlu daftar kerana mereka hanya berniaga secara kecil-kecilan sahaja. Tapi, bila dah tahu kelebihannya, rupanya berbaloi mendaftar SSM ni sebenarnya.

 

KELEBIHAN DAFTAR SSM SECARA ONLINE

 

1. PERNIAGAAN LEBIH DIYAKINI

Bila perniagaan kita didaftarkan dan dah ada nombor SSM, sedikit sebanyak dah tentu orang akan berasa lebih yakin untuk berurusan dengan kita. Bayangkan dengan macam-macam scam zaman sekarang ni, ramai pembeli dah lebih berhati-hati dan cuba pilih penjual yang boleh dipercayai.

(Rasanya kalau nak daftar sebagai penjual online di Lazada pun kena ada nombor SSM kan?)

 

2. MUDAH & MURAH

Daftar SSM ni tak susah pun sebenarnya. Sekarang pun dah boleh buat secara online.  Modalnya pula lebih kurang RM60 saja setahun. Lepas tu tak payah risau nak fikir risiko denda RM50,000 atau penjara 2 tahun.

 

3. MEMPUNYAI AKAUN SEMASA PERNIAGAAN 

Bila ada SSM, kita boleh apply untuk buka Akaun Semasa di bank. Senang kalau asingkan akaun perniagaan dengan akaun peribadi. Perbelanjaan pun lebih terurus dan tak adalah kita terguna duit tu nanti.

Lagi satu, kadang-kadang kalau banyak sangat transaksi keluar masuk di akaun peribadi, akaun kita boleh dibekukan atau di block oleh pihak bank sebab disyaki menjalankan perniagaan menggunakan akaun peribadi.

 

4. TERTAKLUK PADA UNDANG-UNDANG

Yang paling penting, mendaftar SSM ni dapat menjadikan perniagaan kita sebagai sebuah entiti yang sah. Kalau ada apa-apa masalah semasa berurusan, kita pun ada dokumen untuk buat laporan atau buat tuntutan.

Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 menyatakan sebarang perniagaan yang mendatangkan keuntungan mesti berdaftar dengan Suruhanjaya.

 

5. MOTIVASI UNTUK DIRI SENDIRI

Selain itu, mendaftarkan perniagaan ni secara tak langsung menjadikan kita lebih bersemangat untuk menguruskan perniagaan. Tambahan lagi, bila dah ada dokumen perniagaan yang sah, mudah untuk kita mohon dana atau geran untuk tujuan memajukan lagi perniagaan.

 

LIHAT CARA DAFTAR SSM ONLINE

Cara Daftar SSM Online 2

1. FIKIRKAN NAMA & JENIS PERNIAGAAN

Mula-mula tu sebelum isi borang, kita kena tahu dulu apa jenis perniagaan yang kita nak daftarkan. Contohnya milikan tunggal atau perkongsian. Biasanya untuk peniaga kecil-kecilan, bisnes online atau freelance akan daftar yang paling simple iaitu milikan tunggal. Nak lagi senang, guna nama sendiri je.

 

2. LAYARI LAMAN WEB EZBIZ

Bagi yang nak mendaftar secara online, boleh layari laman web ezbiz.ssm.com.my. Klik butang ‘SIGN UP’ bagi yang mendaftar pertama kali. Isi ruangan yang diperlukan (No. IC dan Nama Penuh). Kemudian, create ID dan Password.

 

3. PERGI KE KAUNTER SSM

Selesai isi maklumat tadi, kita perlu dapatkan pengesahan IC di kaunter SSM yang berdekatan untuk pengesahan. Boleh Google lokasi kaunter SSM atau UTC yang ada cawangan SSM.

Mudahnya Cara Daftar SSM Online

4. ISI MAKLUMAT

Biasanya di pejabat SSM ada sediakan beberapa komputer untuk kita isi semua maklumat yang berkaitan dalam Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A). Jangan risau, nanti akan ada pegawai yang bantu semasa proses tersebut.

Maklumat yang perlu diisi adalah:

  1. Nama perniagaan
  2. Tarikh permulaan perniagaan
  3. Alamat utama perniagaan
  4. Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
  5. Maklumat pemilik dan rakan kongsi
  6. Jenis perniagaan yang akan dijalankan
  7. Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)

Cara Daftar SSM Online Lebih Mudah

Terpulanglah pada kita sama ada nak terus register di kaunter atau buat sendiri di rumah.

Ada sesetengah orang lebih selesa  untuk buat pendaftaran SSM di kaunter, lagi senang katanya sebab jika pertanyaan boleh terus tanya pegawai di sana.

5. BUAT BAYARAN

Seterusnya kita perlu buat bayaran berdasarkan jenis nama perniagaan yang kita gunakan tadi. Kalau guna nama sendiri, bayarannya lebih murah berbanding kalau guna nama lain.

6. TUNGGU APPROVAL

Akhir sekali, anda hanya perlu tunggu approval daripada SSM.

Jom Daftar SSM Online Sekarang

Jangan lupa, Bumbu Agency Sdn Bhd ada menyediakan khidmat-khidmat seperti berikut:

  • Membantu menguruskan kempen marketing
  • Memberi konsultasi untuk mengembangkan bisnes
  • Menyediakan video korporat, montaj atau animasi 2D/3D
  • Menghasilkan rekaan grafik / video pengiklanan
  • Servis Pengiklanan digital

Syarikat kami sangat berpengalaman di dalam industri dan mempunyai portfolio yang kuat. Hubungi Encik Umar di 0176026002 atau Cik Iza di 0108989188 untuk pertanyaan lanjut. Email: hello @ bumbu.agency

Bumbu Agency sangat aktif di media sosial, follow kami!

  1. Instagram: @bumbu.agency
  2. Facebook: Bumbu Agency
  3. Twitter: @bumbuagency
  4. Tiktok: @bumbuAgency

Popular articles

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

INGIN DAPATKAN KONSULTASI SECARA PERCUMA ?

konsultasi perniagaan anda secara percuma untuk 30 minit isikan form dibawah untuk kami hubungi anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *