Bumbu Agency Sdn Bhd

Doa Mujarab: Amalkan Doa Ini Ketika Sales Suam-Suam Kuku

Doa Mujarab: Amalkan Doa Ini Ketika Sales Suam-Suam Kuku

 

Doa Mujarab. Sebagai usahawan, kita semua nak yang terbaik untuk perniagaan dan hasil jualan. Macam-macam kita akan lakukan daripada pemilihan produk yang membanyak permintaan pasaran, mengarang ayat-ayat marketing yang power, Mengambil gambar-gambar produk yang cantik, serta Mengupah designer untuk edit poster-poster untuk digunakan di sosial media. Semua benda kita dah lakukan yang terbaik untuk bisnes kita.

 

Tapi sayang,  kita selalu terlupa dengan satu perkara yang penting dekat hujung-hujung. Kita lupa untuk berserah kepada Allah dengan membaca Doa Murah Rezeki dan Dipermudahkan Urusan.

 

Kalau kita nak tahu produk apa yang tengah tranding sekarang ini, kita boleh survey je dekat internet. Mudah sangat! kalau kita tak faham macam mana  nak buat marketing dan macam mana untuk naikkan bisnes kita? ada ramai guru-guru atau agency dalam Malaysia ini boleh dan sedia untuk membantu kita semua. Kita boleh cari je yang mana satu kita nak pergi untuk berguru.

 

Kita boleh belajar dengan pakar-pakar digital marketing bagaimana cara mereka untuk mendapatkan sales yang banyak dan berlimpah-limpah. Kemudian, kita boleh ambil ilmu tersebut untuk dipraktikkan dalam perniagaan kita. Bila anda dah betul-betul faham dan dah jumpa tune dia, anda boleh ubah dan improvekan lagi teknik tersebut supaya lebih baik dan baik.

 

Bila perniagaan anda dah mula mempunyai duit simpanan sikit, anda boleh gunakan duit tersebut untuk spend dekat iklan produk anda. Nak luaskan lagi perniagaan, spend banyak sikit dekat iklan. Maybe boleh letak sehari 700 untuk satu iklan. Buat iklan banyak-banyak, biar orang tengok iklan anda hari-hari sampai mereka ingat produk anda. Lama-lama nanti melekat 10-20 orang untuk beli produk anda.

 

Kita dah usaha sehabis baik dan dah promote sehabis daya. TAPI, jangan pula kita lupa untuk berserah dan tawakkal kepada Allah S.W.T. Setiap hari sebelum pergi kerja atau start kerja, amalkan doa murah rezeki dan doa dipermudahkan rezeki supaya rezeki mudah masuk dekat kita.

 

Ingat! Pintu Rezeki Milik Allah S.W.T!

 

Doa Sebelum Memulakan Kerja & Perniagaan

 

Doa Mujarab: Amalkan Doa Ini Ketika Sales Suam-Suam Kuku

(Pic: Ilmu Alam)

 

Doa Ketika Mula Berkerja / Berniaga

 

Doa Mujarab: Amalkan Doa Ini Ketika Sales Suam-Suam Kuku

(Pic: Ilmu Alam)

 

Doa Ketika Habis Kerja

 

Doa Mujarab: Amalkan Doa Ini Ketika Sales Suam-Suam Kuku

(Pic: Ilmu Alam)

 

Tips Murah Rezeki

 

Perniagaan semakin laris? Kerja dinaikkan pangkat dan gaji bertambah? Apa, doa, amalan, tips dan caranya untuk dapatkan semua tu? Sebenarnya semua ni atas kebijaksanaan kita sendiri selain meminta dan berdoa kepada Allah SWT.

 

1. Murahkan Senyuman

Ketika berniaga, bertugas atau sebelum berkerja wajib untuk anda murahkan senyuman. Rasulullah SAW  sendiri ketika berniaga amat pemurah dalam memberi senyuman kepada pelanggan dan bakal pelanggan.

 

2. Bantu Rakan, Prospek dan Pelanggan

Apabila kita banyak membantu, nanti orang pula akan membantu kita. Setiap perniagaan adalah penyelesaian kepada sesuatu masalah. Apa sahaja penyelesaian, ia merupakan satu bantuan.

 

3. Kemas & Bersihkan Tempat Kerja & Berniaga

Sekiranya berkerja atau mempunyai kedai, pastikan pejabat atau kedai dalam keadaan kemas dan bersih sentiasa. Sekiranya menjalankan perniagaan Internet, sama juga. Pastikan meja tempat anda bekerja adalah sentiasa bersih dan kemas.

 

4. Amalkan Doa Murah Rezeki Sebelum Kerja atau Berniaga

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada Engkau kebaikan hari ini, kemenangan-Nya, pertolongan-Nya, cahaya-Nya, keberkatan-Nya dan petunjuk-Nya. Dan aku memohon perlindungan kepada Engkau dari kejahatan sesuatu yang ada di dalamnya dan kejahatan sesuatu sesudahnya.”

 

Bumbu Agency Sdn Bhd ada menyediakan khidmat-khidmat seperti berikut:

  • Membantu menguruskan kempen marketing
  • Memberi konsultasi untuk mengembangkan bisnes
  • Menyediakan video korporat, montaj atau animasi 2D/3D
  • Menghasilkan rekaan grafik / video pengiklanan
  • Servis Pengiklanan digital

Syarikat kami sangat berpengalaman di dalam industri dan mempunyai portfolio yang kuat. Hubungi Encik Umar di 0176026002 atau Cik Iza di 0108989188 untuk pertanyaan lanjut. Email: bumbu agency@gmail.com

Bumbu Agency sangat aktif di media sosial, follow kami!

    1. Instagram: @bumbu.agency
    2. Facebook: Bumbu Agency
    3. Twitter: @bumbuagency
    4. Tiktok: @bumbuAgency
Written by

0173260632

Leave a comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top
BUMBU AGENCY
Marketing
Digital Agency
Bumbu Agency Sdn Bhd is Malaysia’s integrated marketing and production company under one roof.
GENERAL INQUIRIES
bumbuagency@gmail.com