Google Penalti: Cara Elakkan Terkena Penalti Daripada Google

Bagaimana cara untuk mengelakkan daripada terkena penalti Google dan melindungi website SEO anda? Topik ini penting untuk anda ketahui dan peka kerana Search Engine Penalti boleh mengurangkan dan menghapuskan Search Trafic anda.

Jika website anda terkena penalti, ia agak sukar untuk di pulihkan dan akan mengeluarkan kos yang agak mahal.

Google Penalti: Cara Elakkan Terkena Penalti Daripada Google

 Apa Itu Google Penalti?

Daripada perspektif SEO, istilah penalti bermaksud apa-apa kesan negatif daripada kedudukan carian organik website yang disebabkan oleh kemas kini algoritma atau tindakan manual. Tindakan yang melanggar garis panduan webmaster google boleh menyebabkan penalti terhadap website anda.

Terdapat 2 jenis utama algoritma adalah algoritma automatik dan algoritma manual yang merupakan penalti yang disengajakan untuk tindakan “black hat”. Google tidak memanggil algoritma sebagai penalti akan tetapi owner website akan merasa itu sebagai penalti seolah-olah ada seseorang melebarkan bendera penalti kepada website anda.

Cara Untuk Mengelak Terkena Penalti

Anda boleh mengambil langkah untuk meminimumkan faktor yang menyumbang kepada penalti SEO. Inilah beberapa tips  untuk mengelakkan penalti:

1. Jangan Beli Links

Tindakan individu yang membeli links akan menyebabkan anda mudah untuk mendapatkan penalti dari Google. Jangan mengharapkan belas kasihan dari Search Engine jika anda didapati terjebak dengan aktiviti yang melanggar syarat dari Google.

2. Jangan Kerap Menggunakan Kata Kunci

Jika anda membuat content, jangan terlalu kerap menggunakan kata kunci yang sama berulang-ulang kali kerana ia dapat menjejaskan hasil kedudukan Search Engine anda. Kata kunci memang penting untuk mendapatkan kedudukan hasil pencarian yang teratas, tetapi anda perlu mengunakan kata kunci dengan wajar.

3. Content Yang Kurang Menarik Dan Melanggar Hak Cipta

Menurut Google ia dipanggil sebagai ‘duplicate content’ dan Google mengambilnya dengan sangat serius. Anda mungkin akan dikenakan hukuman jika terlampau banyak menyiarkan content anda yang sama berulang-ulang kali seperti di blog dengan menggunakan content yang hanya disalin / dipadamkan dari laman web anda.

4. Jangan Menyembunyikan Content Anda

Jangan sesekali menyembunyikan content anda dengan cara membuat teks sepadan dengan warna latar belakang dengan tujuan untuk ‘trick’ Google.  Walaupun anda rasa ia akan membantu untuk meningkatkan kedudukan website anda di hasil Search Engine. Tindakan sebegitu mungkin akan membuat anda terkena penalti. Jadilah jangan sesekali berfikir untuk trick Google dan berusahalah untuk membuat content yang berkualiti tinngi dengan imput-imput ynag berguna.

Popular articles

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

INGIN DAPATKAN KONSULTASI SECARA PERCUMA ?

konsultasi perniagaan anda secara percuma untuk 30 minit isikan form dibawah untuk kami hubungi anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *