Ini Faktor Pelanggan Membeli Barang Tanpa Banyak Soal

Paling seronok dikalangan peniaga apabila dapat pelanggan yang membeli barang dan tak banyak soal. Jual apa-apa pun mesti dia terpikat dan beli tanpa banyak pertanyaan. Kalau dapat 10 customer sehari macam ini apatah lagi dapat 100,200 pelanggan macam ini, anda pun tak payah pening-pening kepala nak jawab persoalan mereka.

 

Ini Faktor Pelanggan Membeli Barang Tanpa Banyak Soal

 

Kami kongsikan 6 sebab penting kenapa pelanggan sanggup membeli produk atau servis dengan anda dan bukan dengan orang lain :

1. Harga

Harga sering dapat perhatian sebab apa-apa yang kita jual mesti pelanggan akan tengok pada harga. Jual mahal atau murah mereka akan mempersoalkan pasal harga. Jika harga anda tak setanding dengan produk yang dijual, mereka akan bertanya. Jika produk murah dan berkesan, tentu pelanggan membeli produk dengan anda. Macam tu jugak dengan servis.

2. Promosi

Bila harga dah  ditetapkan dan buat promosi serta tawaran yang menarik akan membuatkan pelanggan membeli tanpa banyak soal. Pelanggan rasa berbaloi jika ada promosi.

Kalau nak buat promo, buat promo dengan pilihan pakej. Pastikan pakej paling mahal letak paling awal. Kemudian, baru la yang pakej yang rendah sikit.

3. Takut

Ketakutan adalah isu paling besar dalam hidup setiap orang. Bila dah takut mereka akan berfikir panjang samaada nak membeli sebab pengalaman membeli sebelum ini berlainan dengan setiap orang.

Contohnya, bila seseorang pernah hadapi masalah jerawat yang teruk, mereka takut mencuba produk lain. Salah satu cara nak hilangkan ketakutan tu anda beri testimoni yang real dan guide dari anda. Comfirm mereka akan mula percaya dan mudah nak beli.

 4. Testimoni

Pelanggan suka ambil maklumbalas positif daripada orang yang dah berjaya menggunakan produk/servis yang ditawarkan. Contoh terbaik kuruskan badan. Sebagai penjual perlu tunjukkan testimoni keberkesanan yang real baru pelanggan akan berjaya.

5. Pengaruh

Pernah tak jumpa orang membeli produk disebabkan idola mereka menggunakan produk yang sama? Sebab tu, element-element authority perlu ada dalam page.

Sebagai contoh, Ariani menggunakan Mira Filzah sebagai “face off” di page selaku duta mereka. Bila Mira pakai tudung Ariani secara tak langsung followers Mira turut nak ikut apa yang dia pakai.

 

Bumbu Agency Sdn Bhd ada menyediakan khidmat-khidmat seperti berikut:

  • Membantu menguruskan kempen marketing
  • Memberi konsultasi untuk mengembangkan bisnes
  • Menyediakan video korporat, montaj atau animasi 2D/3D
  • Menghasilkan rekaan grafik / video pengiklanan
  • Servis Pengiklanan digital

Syarikat kami sangat berpengalaman di dalam industri dan mempunyai portfolio yang kuat. Hubungi Encik Umar di 0176026002 atau Cik Iza di 0108989188 untuk pertanyaan lanjut. Email: bumbu agency@gmail.com

Bumbu Agency sangat aktif di media sosial, follow kami!

    1. Instagram: @bumbu.agency
    2. Facebook: Bumbu Agency
    3. Twitter: @bumbuagency
    4. Tiktok: @bumbuAgency

Popular articles

INGIN DAPATKAN KONSULTASI SECARA PERCUMA ?

konsultasi perniagaan anda secara percuma untuk 30 minit isikan form dibawah untuk kami hubungi anda

Want to keep updated ?

we will send you a notification for new articles so you don’t miss out.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

Hello!

Click our representatives below to chat on WhatsApp for more details or inquiries.

× How can we help you?