Bumbu Agency Sdn Bhd

Jangan Main Dengan Kuasa Media Sosial Dalam Strategi Pemasaran!

Sebagai online marketer, kita sudah terbiasa menghabiskan masa dengan melayari media sosial dalam mengendalikan beberapa akaun dalam pelbagai laman web sebagai strategi pemasaran. Kadang-kadang kita sangat memenatkan dan memeningkan. Jika anda seorang yang sudah biasa menguruskan pemasaran media sosial organisasi anda mungkin tahu akan impak dalam proses perjalanan propsek membeli. Tapi sayangnya masih ramai diluar sana menganggap media sosial sebagai tempat mengisi masa sebab bosan daripada menjadikan saluran untuk strategi pemasaran yang menguntungkan untuk memujuk prospek.

Untuk memberi sedikit pencerahan atau kesedaran kepada mereka yang tidak nampak akan kuasa media sosial dalam strategi pemasaran. Mai sini baca ramai-ramai artikel yang saya nak habaq kali ni.

 

1. Bahan Rujukan Industri

Apakah cara lain yang terbaik untuk mengumpulkan informasi dari target audience anda daripada mendengar terus sendiri dari target audience anda? Wujudnya social media management tools seperti Hootsuite dan Sprout Social kita boleh tahu topik yang sedang trend yang dibualkan dalam kalangan target market. Dengan cara ni kita ada idea atau topik baru untuk blog. Baru idea kita dikatakan fresh from the oven. Dan sebagai rakyat Malaysia siapa saja tak suka benda free. Banyak lagi social media management tools anda boleh jumpa.

 

2. Kaunter Pertanyaan

Memandangkan suasana business sekarang banyak berubah kepada strategi pemasaran secara online, kita juga terpaksalah memaksa diri untuk berubah mengikut peredaran masa dan trend dari prospek. Review, komen dan buah mulut orang telah menyebabkan banyak perniagaan perlu lebih mesra dan santai melayan gelagat-gelagat yang akan diterima daripada prospek. Suara pengguna di sosial media jangan kita endahkan kerana mereka ada banyak pengaruh terdekat.

Kita sebagai manusia lebih percaya kepada kata-kata orang berbanding apa yang dipamerkan atau diiklankan. Sekarang sudah menjadi trend untuk menjadi influencer atau Instafamous yang tumbuh macam cendawan. Dari situlah followers mereka akan ikut dan akan bertanya bermacam-macam soalan. Syarikat atau brand besar kosmetik dapat melihat peluang terhadap Instafamous untuk buat review atau sponsor produk kepada mereka. Sebagai pembeli tentulah mereka akan buat research terhadap barang yang hendak dibeli dan seterusnya akan pertimbangkan untuk beli atau tidak.

 

3. Cold-Calling

Cold-calling dimana anda berhubung dengan seseorang tanpa mengenali dan mempunyai sebarang maklumat. Mungkin ramai sudah biasa dengan LinkedIn bukan? LinkedIn merupakan alternatif untuk berinteraksi dan memberi pengalaman untuk berinteraksi dengan prospek. Anda mungkin sudah berinteraksi dengan mereka dengan meninggalkan komen di post mereka. Dah selesai berinteraksi bolehlah kita berdoa agar mereka akan jawab call atau baca e-mail yang diterima oleh mereka. Walaupun anda rasa cara ini tidak menyakinkan mungkin anda patut cuba strategi pemasaran ini.

 

4. Ketinggalan Zaman

Jika anda seorang yang tak aktif dan bukan pengguna media sosial susahlah untuk perniagaan anda untuk berkembang. Bagaimana orang nak tahu wujudnya perniagaan anda dalam dunia perniagaan? Sedangkan prospek dan saingan anda sudah berada di media sosial. Zaman moden sekarang nak tahu sesuatu mesti cari dekat internet.

 

5. Usaha Kecil, Impak Besar

Kita tahu kuasa pengguna dalam media sosial sangat kuat. Tak salah kalau kita nak spend lebih sikit untuk push kempen iklan kita supaya banyak target reach dalam kos yang rendah kalau dibandingkan dengan cara marketing lain yang mungkin lebih konversional yang sangat melecehkan. Dengan media sosial yang ada mereka boleh share, like dan memberi pendapat kerana seperti yang kita tahu Oleh itu, dalam strategi pemasaran kita kenalah bijak cara jalan alternatif sebab kadang-kadang cara penyelesaian kita berlainan daripada orang lain.

 

Selepas dah habis baca point-point saya di atas mesti ada rasa menyesalkan? “Patutlah jadi macam ni perniagaan aku sekarang.” “Kenapalah tak buat akaun media sosial awal-awal dulu”. Hah! Kan dah rugi. Tidak mengapalah. Anda boleh buat akaun media sosial sekarang daripada takde langsung. 

IKUTI KAMI:

FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
IG: bumbu.rockstar (Training)
YouTube: Bumbu Agency
Telegram: bumbuagency

Written by

0173260632

Leave a comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top
BUMBU AGENCY
Marketing
Digital Agency
Bumbu Agency Sdn Bhd is Malaysia’s integrated marketing and production company under one roof.
GENERAL INQUIRIES
bumbuagency@gmail.com