Pemasaran Digital : Strategi Pemasaran Digital Yang Berkesan

Sebagai pengguna, biasanya tidak akan meluangkan masa untuk membuat analisis atau mengkaji motif strategik di belakang pemasaran digital dan kempen pengiklanan digital yang disasarkan kepada para pengguna di Malaysia.

Sebagai pemilik perniagaan pula, tahu bahawa majoriti usaha pemasaran digital yang berjaya bukanlah hasil usaha sehari dua. Banyak masa yang dibelanjakan untuk meneliti trend pasaran, menganalisis data, menentukan matlamat dan akhirnya membina strategi yang berkesan untuk mencapai matlamat tersebut.

Menjalankan kempen yang berjaya mengambil masa dan tenaga untuk membangun dan melaksanakannya.

Pemasaran Digital

6 perkara paling penting dalam pemasaran digital

1. Matlamat yang BIJAK

Strategi pada dasarnya adalah pelan peringkat awal yang menggariskan satu atau lebih objektif dan bagaimana ia akan dicapai. Oleh itu, bermula dengan matlamat yang jelas adalah penting. Contohnya, objektif perniagaan mungkin untuk meningkatkan jualan produk tertentu sebanyak x% dalam 12 bulan.

2. Memahami Personaliti Pembeli Sasaran

Mempunyai pemahaman yang jelas mengenai sasaran pasaran adalah penting untuk pelaksanaan kempen yang berjaya. Ini bertujuan untuk menapis ciri-ciri prospek yang sesuai dan berpotensi untuk menjadi pembeli produk/servis anda.

3. Mengkaji Pesaing

Pengguna bergantung kepada sumber maklumat dan informasi penting sepanjang proses pra-pembelian. Mereka mungkin melihat pesaing anda sebagai sebahagian daripada proses membuat keputusan mereka. Antaranya seperti membandingkan tawaran pesaing, media sosial dan blog anda. Oleh itu setiap perkara berkaitan produk dan servis anda haruslah dinyatakan dengan jelas dan tepat.

4. Proses Pembelian Dalam Talian

Memahami psikologi pelanggan anda dan proses pembelian setelah masuk ke dalam laman web adalah sebahagian daripada strategi Pemasaran Digital. Jika proses pembelian terlalu rumit, prospek yang berminat berkemungkinan besar tidak mahu membeli seterusnya mencari laman web lain.

5. Memilih Saluran Pemasaran Digital

Terdapat banyak saluran digital yang tersedia sekarang. Strategi memilih saluran digital yang tepat untuk perniagaan anda bergantung pada matlamat anda dan pasaran sasaran anda.

Sebagai contoh, perniagaan B2B, lebih ke arah laman web, pemasaran e-mel, LinkedIn dan Twitter untuk menjangkau pelanggan. Lain pula dengan sebuah syarikat B2C mungkin akan memberi tumpuan lebih kepada platform media sosial seperti Facebook dan Instagram.

6. Memilih Taktik Pemasaran Digital

Taktik digital adalah perkara khusus yang anda akan gunakan dalam saluran digital pilihan anda untuk berkomunikasi dengan sasaran pasaran supaya mencapai hasil seperti yang diinginkan.

Antara taktik yang berkesan seperti :

1. Google Ads
2. Pengiklanan Media Sosial
3. Pemasaran email
4. SEO
5. Viral Marketing

Memilih taktik pemasaran digital yang sesuai bergantung kepada belanjawan pemasaran yang anda sendiri tetapkan, sumber dan kepakaran anda.

Sesetengah taktik memerlukan ketelitian yang tinggi atau anda memerlukan seseorang yang tahu mengenainya dari segi aspek teknikal dan sebagainya. Anda cuma menguruskan operasi dan kemahiran teknikal diserahkan kepada pihak lain yang lebih mahir.

Sekiranya anda ingin melonjakkan pemasaran anda ke peringkat seterusnya, maka strategi digital amat sesuai. Ia menjimatkan masa dan wang apabila anda menggunakan strategi yang betul.

Popular articles

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

INGIN DAPATKAN KONSULTASI SECARA PERCUMA ?

konsultasi perniagaan anda secara percuma untuk 30 minit isikan form dibawah untuk kami hubungi anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *