Servis Pemasaran Video : 3 Kepentingan Pemasaran Video
Servis Pemasaran Video : 3 Kepentingan Pemasaran Video
Rata-rata usahawan di Malaysia, kini berlumba-lumba membuat atau ambil servis pemasaran video untuk meningkatkan hasil perniagaan. Mereka sedar kepentingan pemasaran video terutama di era bisnes secara online. Namun, masih ramai lagi usahawan muda yang belum mengetahui kepentingan yang ada pada pemasaran video.
Sebelum mengupas topik ini dengan lebih lanjut, penting untuk kita fahami dahulu apa yang di maksudkan dengan pemasaran video.
Maksud Pemasaran Video?
Pemasaran video merupakan satu strategi baru dalam online marketing dengan mengunakan video. Ia merupakan salah satu strategi yang paling relevan dan berkesan pada zaman digital kerana 90% masyarakat malaysia kini suka menonton video. Mereka lebih untuk mendengar dan melihat berbanding dengan membaca.
Kenapa?
Kerana masyarakat hari ini kurang berminat untuk membaca dan lebih tertarik kepada video.
Pemasaran video mempunyai beberapa faktor penting yang dapat menarik pelanggan untuk terus menonton video iklan. Ia berlaku jika anda dapat menghasilkan satu video marketing yang kreatif dan mempunyai sentuhan emosi dalam video.
Bagaimana ingin menghasilkan video yang menarik dan kreatif? Apa jenis video yang boleh dihasilkan dalam pemasaran video?
Jenis-Jenis Video
1. Social Media Live(siaran langsung)
Media sosial seperti Facebook dan Instagram mempunyai kemudahan membuat siaran langsung. Siaran secara langsung membantu untuk terus berinteraksi dengan pelanggan secara dalam talian.
Di sini akan berlakunya komunikasi dua hala.
Kelebihan secara langsung di media sosial dapat mempromosikan produk dan jenama tanpa perlu mengeluarkan kos yang besar untuk membayar pihak ketiga untuk menghasilkan video produk anda.
Dengan kata lain, anda boleh mengurangkan kos marketing.
Jika tidak menggunakan kemudahan yang ada yang sememangnya percuma, anda rugi besar kerana melepaskan peluang yang seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya. Siaran langsung sebenarnya merupakan strategi yang paling berkesan dan murah yang ramai usahawan tidak sedar.
2. Talk Show(bual bicara)
Talk show merupakan satu pendekatan yang sangat baik. Ia merupakan satu rancangan yang mengupas sesuatu topik tertentu untuk memberi sedikit pendedahan kepada penonton berkaitan topik tersebut. Untuk melaksanakan program seperti ini, anda perlu konsisten dan mempunyai kerjasama yang padu daripada team anda.
Program ini juga sebenarnya dapat memberi pendedahan kepada penonton tentang kelebihan yang anda ada sekaligus membuat mereka lebih percaya dan menanti perkongsian anda yang seterusnya.
3. Video Testimoni
Video testimoni merupakan strategi yang sangat power dan berkesan. Masyarakat sekarang lebih percaya kepada video testimoni kerana video jenis ini merupakan feedback yang ikhlas daripada pengguna. Ia juga dapat meningkatkan kepercayaan bakal pelanggan untuk membuat pembelian dengan anda.
4. Video Content Marketing
Video content marketing merupakan satu teknik video marketing yang dapat menarik minat dan meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap produk dan servis.
Jika anda ingin mengetahui apa lagi jenis pemasaran video yang boleh digunakan dalam menghasilkan video marketing, boleh baca topik Ketahui 7 Jenis Video Yang Berkesan Untuk Marketing.
Kepentingan Pemasaran Video
1. Meningkatkan Brand Awareness
Pemasaran video dapat meningkatkan kesedaran pelanggan terhadap keberadaan anda dalam pasaran. Jika anda konsisten membuat video yang memberi input yang bermanfaat kepada audience anda, Mereka akan mengingati produk, jenama dan logo anda.
2. Meningkatkan Personaliti Bisnes
Apa persepsi yang anda ingin pelanggan anda nampak pada bisnes anda? Adakah anda ingin mereka melihat bisnes anda yang mesra, produktif, senang untuk berurusan atau sebaliknya?
Pemasaran video dapat meningkatkan personaliti atau jenama anda di mata pelanggan anda. Bagaimana? Dengan cara, membuat satu video yang melambangkan personaliti yang anda ingin nampak.
3. Meningkatkan Engagement
Menggunakan pemasaran video untuk dikongsikan dalam semua platform media sosial yang ada dapat membantu meningkatkan engagement penonton. Anda perlu konsisten untuk membuat video yang memberi impak kepada penonton supaya mereka suka dan share video anda kepada rakan mereka yang lain.
Pemasaran video banyak kelebihan dan kegunaannya. Ia merupakan strategi yang sangat berkesan dan berguna pada zaman yang serba canggih ini.
Bumbu Agency Sdn Bhd ada menyediakan khidmat-khidmat seperti berikut:
- Membantu menguruskan kempen marketing
- Memberi konsultasi untuk mengembangkan bisnes
- Menyediakan video korporat, montaj atau animasi 2D/3D
- Menghasilkan rekaan grafik / video pengiklanan
- Servis Pengiklanan digital
Syarikat kami sangat berpengalaman di dalam industri dan mempunyai portfolio yang kuat. Hubungi Encik Umar di 0176026002 atau Cik Iza di 0108989188 untuk pertanyaan lanjut. Email: bumbu agency@gmail.com
Bumbu Agency sangat aktif di media sosial, follow kami!
- Instagram: @bumbu.agency
- Facebook: Bumbu Agency
- Twitter: @bumbuagency
- Tiktok: @bumbuAgency
Leave a comment: