Tip Bisnes : Bagaimana Untuk Menjadi Millionaire Sebelum 30 Tahun

 

Tip Bisnes : Bagaimana Untuk Menjadi Millionaire Sebelum 30 Tahun

Hari ni saya nak kongsikan kepada anda apa yang saya baca dalam sebuah artikel Entreperneur yang dikongsikan oleh Grat Cardone. Beliau kongsikan tips bisnes dan bagaimana beliau boleh menjadi seorang jutawan sebelum beliau berumur 30 tahun.

 

Dalam perkongsian kali ini, saya nak ceritakan pengalaman seorang individu yang melalui sendiri perjalanan hidupnya daripada tidak mempunyai apa-apa sehinggalah mempunyai wang ratusan ribu dalam akaun banknya. Seseorang yang sama seperti kita yang mulakan bisnes daripada bawah.

 

Jadi saya rasa topik kali ini agak menarik untuk dikongsikan kepada anda semua untuk dijadikan teladan, Insyaallah.Jadi tanpa melengahkan masa, jom kita sama-sama selami apa yang dikongsikan oleh beliau.

 

PERMULAAN GRAT CARDONE START BISNES

 

Beliau berkata pada awal topik “Getting rich and becoming a millionaire is a taboo topic”. Bila kita bercerita untuk menjadi seorang millionaire sebelum usia 30 tahun macam khayalan di siang hari. Tak mungkin kita akan dapat dalam masa yang begitu singkat. Betul tak?

(Pic Referent: Medium)

Tapi, impian untuk menjadi jutawan bukanlah hanya khalayan semata-mata. Grat Cardone dah pun membuktikannya. Kata beliau, pada umur 21 tahun, beliau keluar daripada kolej. Pada masa itu, beliau miskin dan tidak mempunyai apa-apa… Tapi semasa beliau berumur 30 tahun, beliau berjaya menjadi seorang jutawan.

Apa tips beliau? Jom pergi ke topik yang anda tunggu-tunggu. Apa yang beliau amalkan sehingga boleh jadi kaya-raya macam tu..

 

TIPS BISNES : BAGAIMANA UNTUK MENJADI JUTAWAN

“Ini adalah merupakan 10 langkah bagaimana saya menjadi seorang jutawan” – Grat Cardone

1- Follow The Money

Anda tak boleh skip untuk terus menjadi jutawan. Perkara pertama yang anda perlu fokus adalah bagaimana untuk meningkatkan income anda supaya terus meningkat naik.

Grat Cardone beritahu pada awalnya income beliau setiap bulan hanyalah $3,000 sebulan. Selepas 9 tahun, income pendapatannya menjadi $20,000 setiap bulan.

“Start following the money and it will force you to control revenue and see opportunities.”

 

 

2- Jangan Show Off -> Show Up!

Saya tidak membeli jam atau kereta yang mahal sebelum saya memastikan bisnes dan invesment saya bulanan berlipat kali ganda. Bahkan, bila saya dah berjaya menjadi seorang jutawan pun, saya masih memakai kereta Toyota Camry.
“Be known for your work ethic, not the trinkets that you buy.”

3- Menyimpan Untuk Invest, Bukan Menyimpan Untuk Menyimpan

Hanya satu sebab kenapa kita perlu untuk menyimpan, iaitu untuk investment kita. Simpan duit dalam akaun atau tempat yang selamat dan tidak mudah untuk digunakan walaupun dalam keadaan kecemasan. Tanamkan prinsip ini dalam diri anda. Teknik ini akan membawa kepada tips yang saya kongsikan pada mula-mula iaitu fikir bagaimana untuk menambahkan income kita.

“To this day, at least twice a year, I am broke because I always invest my surpluses into ventures that I cannot access”

 

 

4- Elakkan Berhutang Yang Tidak Meningkatkan Pendapatan Anda

Jadikan sebagai peraturan dalam hidup anda supaya tidak berhutang ianya jika tidak membawa apa-apa faedah yang meningkatkan duit pendapatan anda! Saya buat pinjaman untuk membeli kereta kerana saya tahu ia dapat meningkatkan pendapatan saya.

"Rich people use debt to leverage investments and grow cash flows. Poor people use debt to buy things that make rich people richer."

 

 

5- Layan Wang Seperti Kekasih Yang Cemburu

Berjuta-juta menginginkan kebebasan kewangan, tetapi hanya mereka yang menjadikannya keutamaan yang mempunyai berjuta-juta. Untuk menjadi kaya dan kekal kaya, anda harus menjadikannya keutamaan. Wang adalah seperti kekasih yang cemburu.

Ignore it and it will ignore you, or worse, it will leave you for someone who loves it more!.”

 

6- Tandingi Pesaing Anda

Wang tidak mengenali apa itu erti  jam, jadual atau percutian dan anda juga tidak mengenalinya. Wang sukakan orang yang mempunyai etika kerja yang hebat.

Ketika berusia 26 tahun, saya berada di kedai runcit dan kedai tempat saya bekerja ditutup pada jam 7 malam dan kebiasaannya anda dapat menemui saya di sana pada pukul 11 ​​malam untuk membuat jualan tambahan.

“Never try to be the smartest or luckiest person — just make sure you outwork everyone.”

 

 

7- Menjadi Miskin? Tidak Masuk Akal!

Saya dulu pernah miskin yang tidak mempunyai apa-apa dan itulah pengalaman yang sukar bagi saya. Semuanya hanyalah cukup-cukup makan dan kadang-kala lebih teruk daripada itu lagi. Jadi buang semua fikiran bahawa menjadi miskin tidak mengapa. Pergilah berperang walaupun anda tidak mempunyai peralatan!

“Success is how you bounce on the bottom.” – General George S. Patton

 

 

8- Cari Mentor Yang Millionaire

Sebilangan besar daripada kita dibesarkan dalam golongan kelas menengah atau miskin dan kemudian berpegang pada had dan idea kumpulan itu. Saya telah mempelajari pemikiran dan prinsip para jutawan dan saya menduplikasi apa yang mereka lakukan. Dapatkan mentor jutawan peribadi anda dan pelajari mereka.

“Most rich people are extremely generous with their knowledge and their resources.”

 

 

9- Get Your Money To Do Heavy Lifting.

Melabur adalah angsa emas untuk menjadi jutawan. Anda harus menjana lebih banyak wang daripada pelaburan anda berbanding pekerjaan hakiki anda.

Syarikat kedua yang saya mulakan memerlukan pelaburan $ 50,000. Syarikat itu telah membayar saya sebanyak $ 50,000 setiap bulan selama 10 tahun terakhir.

Pelaburan ketiga saya adalah dalam bidang harta tanah. Saya bermula dengan $ 350,000, yang merupakan sebahagian besar dari nilai bersih saya pada masa itu. Saya masih memiliki harta itu hari ini dan terus memberi saya pendapatan.

“Investing is the only reason to do the other steps, and your money must work for you and do your heavy lifting.”

 

 

10- Shoot Untuk  $10 Million, Bukan $1 Million.

Kesalahan kewangan terbesar yang saya pernah buat adalah tidak berfikir secara meluas tentang target saya. Jadi saya nak sarankan kepada anda untuk meletakkan target untuk mencari lebih dari satu juta. Tidak ada masalah kekurangan wang di dalam dunia ini, tapi hanya segelintir sahaja orang yang berfikir secara meluas untuk dapatkan wang yang banyak.

 

 

Itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Saya harap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan baru kepada anda tentang bagaimana cara orang berjaya berfikir dan bekerja. 

“If we want to be successful like them, we need to follow their step.”

Tips bisnes

Bumbu Agency Sdn Bhd ada menyediakan khidmat-khidmat seperti berikut:

  • Membantu menguruskan kempen marketing
  • Memberi konsultasi untuk mengembangkan bisnes
  • Menyediakan video korporat, montaj atau animasi 2D/3D
  • Menghasilkan rekaan grafik / video pengiklanan
  • Servis Pengiklanan digital

Syarikat kami sangat berpengalaman di dalam industri dan mempunyai portfolio yang kuat. Hubungi Encik Umar di 0176026002 atau Cik Iza di 0108989188 untuk pertanyaan lanjut. Email: bumbu agency@gmail.com

Bumbu Agency sangat aktif di media sosial, follow kami!

    1. Instagram: @bumbu.agency
    2. Facebook: Bumbu Agency
    3. Twitter: @bumbuagency
    4. Tiktok: @bumbuAgency

Popular articles

INGIN DAPATKAN KONSULTASI SECARA PERCUMA ?

konsultasi perniagaan anda secara percuma untuk 30 minit isikan form dibawah untuk kami hubungi anda

Want to keep updated ?

we will send you a notification for new articles so you don’t miss out.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

Hello!

Click our representatives below to chat on WhatsApp for more details or inquiries.

× How can we help you?