Bumbu Agency Sdn Bhd

Turunkan Berat Badan Di Bulan Ramadan

Tips Diet Bulan Puasa : Turunkan Berat Badan Di Bulan Ramadhan

Tips Diet Bulan Puasa : Turunkan Berat Badan Di Bulan Ramadhan

Puasa bermaksud menahan diri daripada melakukan perkara tertentu dari fajar hingga terbenam matahari. Apabila menjelang bulan Ramadan, ramai yang menyimpan hajat untuk menjaga dan mengawal berat badan. Jika tidak mengawal nafsu makan, berkemungkinan berat badan akan bertambah. Dalam artikel kali ni, kami kongsikan dengan anda tips diet bulan puasa.

Tips Diet Bulan Puasa

Pasti ramai orang yang sedang berusaha untuk kurangkan berat badan. Jom ambil peluang untuk turunkan berat badan di bulan ramadan yang akan menjelang tak lama lagi! Ramai yang ambil peluang ini kerana terbukti berkesan.

Akan tetapi diet anda boleh musnah kerana tidak boleh konsisten dan tidak bersungguh-sungguh. Jangan biarkan nafsu menguasai diri anda untuk makan atau minum makanan yang manis.

Banyak faedah apabila diet sambil berpuasa. Selain dapat mengurangkan berat badan, diet juga membantu dalam menjimatkan wang anda.

Secara tidak langsung, hal ini dapat menghindari diri daripada sikap boros dan tamak dalam membeli juadah untuk berbuka. Kita juga dapat belajar untuk menahan nafsu dari segi semua aspek termasuklah nafsu makan.

Disini saya akan berkongsi beberapa tips diet puasa berkesan kepada anda semua. Selamat membaca!

 

Turunkan Berat Badan Di Bulan Ramadan

Hal yang paling susah dan banyak rintangan untuk dikawal adalah pemakanan dan gaya hidup seseorang. Apabila sudah terbiasa dengan amalan gaya hidup yang tidak sihat, susah untuk seseorang itu untuk konsisten dan berdisiplin dengan diri sendiri.

Turunkan Berat Badan Di Bulan Ramadan

Plan Diet Mingguan Anda

  1. Sarapan

    Wajib ambil sarapan setiap pagi. Jangan skip sarapan. Jika tidak mengambil sarapan anda lebih cenderung untuk naik berat badan.

    Minum air kosong dan 2 biji telur rebus bersama roti wholemeal.

  2. Makan Tengahari

    Ambil segenggam nasi, lauk berprotein seperti ayam, ikan atau daging. Makan beras putih yang tidak mengandungi kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi.

    Lauk pula mestilah yang direbus, bakar atau grill tanpa minyak. Yang paling penting adalah banyakkan sayuran.

  3. Makan Malam

    Disarankan makan malam sebelum jam 7 petang. Boleh makan menu yang sama seperti menu makan tengahari. Jangan lupa makan buah juga.

  4. Snacking

    Untuk snacking, anda boleh makan buah-buahan atau kekacang. Buah yang sesuai untuk diet ialah tembikai, nanas, epal hijau dan jambu batu.

    Kekacang juga boleh bantu diet anda, contohnya kacang badam, walnut, kacang gajus dan  pistachio.

    Turunkan Berat Badan Di Bulan Ramadan

Menu diet yang Recommended

Anda boleh cari resepi dibawah di Google, YouTube atau dalam buku resepi;

Breakfast

  • Chicken Wrap
  • Korean Street Breakfast Sandwich
  • Pankek
  • Quinoa bowl
  • Mixture yogurt
  • Scramble egg wrap

Lunch

  • Ayam penyet
  • Salmon Grill
  • Mee Oat Sup
  • Mee Oat Sup Ikan
  • Makaroni Goreng
  • Mee Bandung
  • Bubur nasi

Dinner

  • Salad ayam
  • Salad Zucchini panggang
  • Sup yogurt sejuk dengan seledri dan pudina
  • Ayam Lemon Thyme
  • Kembang bawang putih panggang
  • Quinoa dan salad makanan laut bakar

 

Tips Diet Puasa Berkesan

  1. Tidak skip sahur

    Sahur penting untuk memastikan tubuh kita kekal bertenaga untuk berpuasa sepanjang hari. Makan ikut menu sahur untuk diet yang sesuai.

  2. Minum air masak 8 gelas sehari

    – Ketika bangun sahur
    – Selepas bersahur
    – Selepas azan maghrib
    – Selepas menunaikan  solat Maghrib
    – Selepas berbuka
    – Selepas solat isyak
    – selepas solat terawih
    – sebelum tidur

  3. Elakkan makan berlebihan

    Untuk memastikan diet anda berjaya, anda tidak boleh makan secara berlebihan terutamanya sebelum tidur. Ia akan menyebabkan tubuh menjadi gemuk.

  4. Ambil protein yang mencukupi

    Protein yang mencukupi akan mempercepatkan proses badan untuk menurunkan berat. Ia juga membekalkan tenaga yang cukup untuk keperluan badan kita.

  5. Banyakkan makan buah dan sayur

    Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah wajin dalam menu diet. Ia mengandungi serat dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh kita.

  6. Elakkan makanan dan minuman manis

    Sebaiknya jika menghindarkan diri dari mengambil makanan atau minuman yang mengandungi gula atau kafien berlebihan. Lebih baik minum air kosong yang sifar kalori.

  7. Lakukan senaman ringan

    Walaupun berpuasa, kita turut disarankan untuk melakukan senaman ringan untuk mengekalkan kecergasan diri. Sebaiknya isi masa lapang dengan melakukan senaman kerana kita tidak digalakkan untuk tidur atau lakukan perkara yang tidak berfaedah.

Harap bermanfaat kepada pembaca. Nak kurus mestilah kena berusaha kan? Semoga terus konsisten dan dapat capai target berat badan ideal yang korang nak.

Written by

0173260632

Leave a comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top
BUMBU AGENCY
Marketing
Digital Agency
Bumbu Agency Sdn Bhd is Malaysia’s integrated marketing and production company under one roof.
GENERAL INQUIRIES
bumbuagency@gmail.com