Kenapa Website Penting Untuk Perniagaan Anda?
Ramai buat perniagaan secara online tetapi mereka lupa akan website. Tidak kisahlah anda dari syarikat besar peguam yang terkenal atau pemilik 6 gudang besar. Semua orang memerlukan dan nak tahu akan kewujudan perniagaan anda secara online dari segi digital marketing yang sedang pesat berkembang. Tidak dapat kita sangkalkan bahawa semua orang mempunyai akses ke internet. Persoalannya kenapa website penting? Disini saya ulaskan sebab-sebabnya.
1. Pencarian Pada Search Engine Menjadi Mudah
Dengan adanya website ia akan memudahkan target audience anda untuk tahu akan kewujudan perniagaan atau syarikat anda. Katakanlah anda pemilik kedai yang menjual bahan organik dan keyword target website anda adalah “bahan organik” dan website anda muncul pada halaman pertama Google. Bukankah ini merupakan satu pencapaian yang mengagumkan? Hosting yang mempunyai pengiktirafan SSL dan penggunaan SEO yang bagus akan menyebabkan website anda muncul di halaman pertama Google.
2. Menaikkan Kredibiliti Peniagaan
Bila kita tengok brand ternama dari luar dan dalam negara kita dapat lihat mereka mempunyai website sebagai digital marketing mereka dan platform untuk mereka berkomunikasi dengan pelanggan selain daripada media sosial. Bila adanya website untuk perniagaan atau syarikat ini menandakan anda sudah diiktiraf dan boleh dipercayai.
3. Kepercayaan & Testimoni Meningkat
Berdasarkan point kedua saya bahawa kita boleh kongsikan banyak informasi. Oleh itu anda bolehlah selitkan testimoni dari pelanggan yang pernah menggunakan servis atau produk anda. Tiada sebab dah untuk pelanggan meragui dengan anda. Pelanggan boleh terus bertanya melalui website. Lebih banyak testimoni yang bagus, lebih ramai orang percaya dan beli produk atau servis anda.
4. Banyak Informasi Dapat Dikongsikan
Jika kita lihat di dalam media sosial informasi yang boleh dikongsikan agak terhad. Dalam Instagram yang dapat kita lihat mereka banyak fokuskan kepada gambar dan caption yang menarik sahaja. Dalam website pula anda boleh kongsikan sebanyak mana informasi yang ingin disampaikan. Bila adanya perniagaan secara online, anda perlu fokuskan apa yang pelanggan anda nak tahu dan feedbacks yang akan diterima. Feedbacks seperti dari segi penambahbaikkan produk dan packaging cosmetics anda. Kiranya anda ‘Expecting the Unexpected’. Dari mana ia dibuat, bahan apa yang digunakan serta produk ini ada diuji pada haiwan? Respon terhadap soalan-soalan sensitif kadang-kadang orang nak tahu. Gambar dan video yang menarik juga memainkan peranan dan mestilah dipamerkan untuk tarik perhatian.
5. 24 Jam Akses Tanpa Terhad
Website anda boleh diakses 24 jam oleh sesiapa, di mana sahaja dan berapa lama untuk mereka luangkan masa di dalam website anda. Anda hanya perlu invest sedikit wang untuk membeli hosting dan domain serta maintenance yang diperlukan untuk website anda beroperasi dengan baik selama 24 jam sehari.
IKUTI KAMI:
FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
IG: bumbu.rockstar (Training)
YouTube: Bumbu Agency
Leave a comment: