Kelebihan Blog Untuk Perniagaan Dan Jenama Anda

Kelebihan Blog Untuk Perniagaan Dan Jenama Anda

Dalam sesuatu perniagaan atau jenama, memiliki blog merupakan satu kelebihan kepada pemasaran perniagaan tersebut berbanding dengan perniagaan yang tiada blog. Kelebihan blog untuk perniagaan anda tersebut adalah seperti berikut:

1. Mesra Enjin Carian

Blog merupakan satu platform yang banyak di enjin carian seperti Google. Jika sesuatu perniagaan itu memiliki blog, ianya memberikan perniagaan anda peluang untuk muncul di enjin lebih tinggi berbanding Facebook dan laman media sosial yang lain.

2. Mampu Milik

Setiap orang boleh memiliki blog kerana ia amatlah murah dan ada  juga percuma. Tetapi bergantung juga pada platform yang anda ingin gunakan.Bagi yang minat nak cuba-cuba dulu, saya cadangkan anda untuk menggunakan platform yang percuma sebagai contoh, Blogspot dan WordPress.com.

Untuk platform yang berbayar pula, anda boleh menggunakan WordPress hosted. Tetapi ianya memerlukan nama domain dan hosting. Anda boleh beli nama domain seperti ditempat berikut:-GoDaddy, Internet Webhosting, NetKL, myduniahosting, dan lain lain.

3. Mudah Diurus

Blog lebih sistematik kerana kandungannya mudah dicapai dan dirujuk dengan link struktur yang lebih kemas. Antara ciri yang menarik untuk blog anda adalah ianya boleh disusun mengikut kategori, kronologi dan juga tag.

Anda boleh menyusun atur kandungan blog anda dengan mudah dan kelihatan menarik, dengan hanya mengikuti berpuluh ribu tutorial, menggunakan themes dan plugin yang sesuai untuk blog anda.

4. Tahan Lama

Blog kita boleh berada di enjin carian bertahun-tahun lamanya dan masih boleh dicari walaupun ia telah lama ditulis. Ianya bergantung kepada kekuatan SEO pada artikel tersebut. Antara faktor kekuatan SEO adalah keyword yang dicari oleh orang ramai, backlink, responsive dan lain lain.

5. Kredibiliti & Jenama

Dengan adanya blog perniagaan ataupun jenama kita ia dapat menunjukkan kepada pembaca yang kita adalah pakar dalam perniagaan tersebut. Dan itu akan membuatkan pembaca yakin dengan perniagaan atau jenama kita.

Kesimpulan

Walaupun blog satu medium pemasaran yang lama, tetapi ianya masih relevent sehingga sekarang kerana orang masih mencari maklumat di enjin carian seperti artikel blog. Dengan kelebihan blog yang dinyatakan diatas, ia pasti akan membuatkan perniagaan atau jenama anda lebih dikenali dan dipercayai.

>>> Untuk menghasilkan artikel yang dicari orang ramai di enjin carian seperti Google, anda perlukan keyword yang ramai orang cari. Baca disini Basic Untuk SEO: Set Kata Kunci Keyword Di Website

Anda juga boleh baca bahan bacaan ini di channel telegram kami.

IKUTI KAMI:

FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
IG: bumbu.rockstar (Training)
YouTube: Bumbu Agency
Telegram: bumbuagency

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart